Syarikat swasta digalak ikut pendekatan gaji wajar GLIC, GLC

Foto RTM

ANGKASAPURI, 10 Oktober – Syarikat swasta digalakkan mengguna pakai pendekatan gaji wajar seperti yang dilaksanakan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memperluas amalan pemberian gaji lebih baik kepada pekerja.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tumpuan bukan hanya gaji minimum tetapi menaikkan pendapatan pekerja separuh mahir dan graduan.
  • Langkah dimulakan dengan syarikat besar untuk menggariskan gaji melebihi paras minimum.
  • Belanjawan MADANI 2027 tingkatkan penanda aras gaji sara hidup GLIC/GLC dari RM3,100 ke RM3,400 sebulan.
  • Kerajaan umumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 bermula Jun 2027.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pendekatan itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada gaji minimum, malah merangkumi usaha meningkatkan pendapatan pekerja separuh mahir dan graduan.

“Isu-isu seperti gaji minimum pun dinaikkan, tapi kita bermula daripada syarikat-syarikat besar dulu dan kita menggariskan bukan sahaja gaji minimum, tapi gaji untuk meningkatkan gaji mereka yang separuh mahir dan juga graduan. Kita juga mengajak semua syarikat-syarikat di Malaysia untuk mengambil pendekatan untuk menyambut gaji wajar seperti apa yang digalakkan oleh syarikat-syarikat GLIC, GLC yang telah menyambut RM3,400,” katanya kepada pemberita selepas program Bicara Naratif di sini.

Menerusi Belanjawan MADANI 2027, penanda aras gaji sara hidup bagi GLIC dan GLC dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan, yang dijangka memanfaatkan kira-kira 230,000 pekerja.

Kerajaan turut mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.