
KUALA LUMPUR, 30 Mac- Jumlah daerah yang mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di Kedah menyusut kepada tujuh setakat 4.00 petang ini berbanding sembilan pagi tadi, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
- Pulau Langkawi dan Kubang Pasu dikeluarkan; Marudi di Sarawak kini berada di bawah status berjaga-jaga.
- Daerah terlibat di Kedah: Kuala Muda, Kota Setar, Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena; Perlis kekal.
- METMalaysia mengesahkan tiada kawasan mencatat Gelombang Haba Tahap 2 setakat petang ini.
- Tahap 1: 35 hingga 37 darjah Celsius; Tahap 2: melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius; dicatat jika berlaku tiga hari berturut-turut.
Berdasarkan data dikemas kini jabatan itu, daerah Pulau Langkawi dan Kubang Pasu tidak lagi berada dalam senarai tersebut manakala Marudi di Sarawak menjadi kawasan terbaharu diletakkan di bawah status berjaga-jaga.
Tujuh daerah yang masih terlibat di Kedah ialah Kuala Muda, Kota Setar, Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena manakala seluruh negeri Perlis kekal pada tahap sama.
METMalaysia turut mengesahkan bahawa tiada kawasan yang mencatatkan gelombang haba Tahap 2 setakat petang ini.
Status berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius manakala Tahap 2 (gelombang haba) merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius.
Kedua-dua tahap dicatatkan sekiranya suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. -BERNAMA