Aktivis buruh di Manila tuntut kenaikan gaji

Foto REUTERS

MANILA, 25 Mac – Puluhan aktivis buruh berhimpun berhampiran istana presiden di Manila pada Rabu bagi menuntut kenaikan gaji susulan peningkatan harga bahan api akibat konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden isytihar darurat tenaga negara selama setahun bagi membolehkan kerajaan memperoleh bekalan bahan api menghadapi risiko gangguan bekalan.
  • Aktivis mendakwa pengisytiharan tidak memberi kesan langsung kepada pekerja dan menuntut kenaikan gaji minimum sebanyak 1,200 peso.
  • Kumpulan pengangkutan, pengguna dan pekerja merancang mogok dua hari bermula Khamis sebagai bantahan terhadap kenaikan harga bahan api.

Protes itu diadakan sehari selepas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. mengisytiharkan darurat tenaga negara berikutan risiko gangguan bekalan.

Pengisytiharan yang berkuat kuasa selama setahun itu membolehkan kerajaan memperoleh bekalan bahan api bagi memastikan keperluan domestik mencukupi.

Bagaimanapun, aktivis mendakwa langkah tersebut tidak memberi kesan langsung kepada golongan pekerja dan menuntut kenaikan gaji minimum sebanyak 1,200 peso bagi menampung kos sara hidup.

Ketika ini, gaji minimum harian di Manila dianggarkan sekitar 695 peso.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan pengangkutan, pengguna dan pekerja merancang mengadakan mogok selama dua hari bermula Khamis (26 Mac) sebagai bantahan terhadap kenaikan harga bahan api.-REUTERS