
ISTANBUL, 11 Mac – Jurulatih Liverpool, Arne Slot, memuji semangat juang Galatasaray yang bermain seperti aksi perlawanan akhir kejohanan selepas pasukannya tewas 0-1 di tempat lawan pada saingan pertama 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
- Mario Lemina membuka jaringan menerusi tandukan untuk memberi kemenangan Galatasaray.
- Gol hadir pada minit ketujuh hasil tandukan menerima hantaran Victor Osimhen.
- Kedudukan 1-0 beri kelebihan berharga untuk Galatasaray menjelang aksi timbal balik di Anfield.
- Jurulatih Okan Buruk kata pasukan berpeluang tambah jaringan dan jangka pertemuan di Anfield berbeza sama sekali.
Jaringan awal pemain tengah Mario Lemina menerusi tandukan memberikan kemenangan kepada tuan rumah dalam aksi di Rams Park, Istanbul.
Gol Galatasaray itu hadir pada minit ketujuh selepas Lemina menanduk masuk bola hantaran rakan sepasukannya Victor Osimhen.
Jaringan tersebut memberikan kelebihan berharga kepada Galatasaray menjelang aksi timbal balik di Anfield.
“Ini baru separuh masa… perkara baiknya ialah perlawanan seterusnya tidak dimainkan di sini tetapi di Anfield dan penyokong kami mampu mewujudkan suasana yang sama,” kata Slot kepada media selepas perlawanan.
Sementara itu, jurulatih Galatasaray, Okan Buruk berkata pasukannya berpeluang menambah jaringan pada babak kedua dan menjangkakan aksi di Anfield minggu depan akan menjadi perlawanan yang berbeza sama sekali. – REUTERS