
SUNGAI BULOH, 6 Mac- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Darul Ulum di Gombak di sini sempena program Ihya Ramadan bersama rakyat.
RINGKASAN BERITA AI
- Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Tengku Permaisuri Norashikin.
- Berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri lebih RM260,000 kepada 521 asnaf.
- Baginda berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat Tarawih bersama rakyat.
- Masjid Darul Ulum dibina dengan kos RM7 juta dan mampu menampung 1,500 jemaah.
Keberangkatan baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah lebih RM260,000 kepada 521 asnaf terdiri daripada 147 fakir, 248 miskin dan 126 muallaf.
Sultan Sharafuddin kemudiannya berkenan berbuka puasa serta menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat.
Masjid Darul Ulum dibina dengan kos RM7 juta dan mampu menampung sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa.