
KUALA LUMPUR, 26 Februari – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menzahirkan penghargaan kepada Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) SAC Mohd Nasaruddin atas tindakan tegas beliau, dalam menjalankan tugas.
- Penghargaan rasmi diberikan kepada Komander AKPS SAC Mohd Nasaruddin atas tindakan tegas semasa melaksanakan tugas.
- Seruan kepada rakyat Malaysia untuk terus menyokong badan penguat kuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
- Pujian menekankan risiko yang dihadapi anggota pengawasan dan pengorbanan mereka demi menegakkan undang-undang.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memberi sokongan kepada badan penguat kuasa.
“Ini membuktikan bahawa pasukan pengawasan memang mengambil risiko juga terhadap nyawa mereka dan tidak mustahil kepada orang yang tersayang dalam keluarga mereka, kenalan mereka bila mereka mengambil tindakan yang tegas terhadap para penduduk, kumpulan-kumpulan yang cuba menyalahkan undang-undang di bawah bidang kuasa pengawasan mereka.
“Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga penghargaan buat komander AKPS di Bukit Kayu Hitam kerana tegas dalam tindakan beliau”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.