KUSKOP komited percepat trasformasi digital usahawan tempatan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Februari Program pemerkasaan digitalisasi keusahawanan diperkukuh bagi memastikan usahawan tempatan kekal berdaya saing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Komitmen kementerian percepat transformasi digital untuk tingkatkan daya saing usahawan tempatan.
  • Program BEEP 2021–2025 fokus aplikasi ICT untuk peningkatan produktiviti usahawan.
  • Inisiatif pendigitalan pasar tanpa tunai melalui Program Jajahan Rakyat menyasarkan penjaja dan peniaga kecil.
  • Platform MyMall dan program e-Invois disediakan untuk akses pemasaran digital dan latihan percuma.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen kementerian untuk mempercepat transformasi digital usahawan tempatan, sekali gus, memperkukuh daya tahan dalam landskap ekonomi yang berlandaskan digitalisasi.

“Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp pada tahun 2021 hingga 2025 bagi tujuan peningkatan produktiviti antaranya melibatkan aplikasi ICT, Program Jajahan Rakyat oleh Bank Rakyat yang merupakan inisiatif pendigitalan pasar tanpa tunai, khususnya melibatkan penjaja dan peniaga kecil, Program latihan dan bimbingan e-Invois oleh SME Bank, TEKUN Nasional dan INSKEN, platform MyMall di bawah PERNAS yang menyediakan akses pemasaran digital melalui platform e-dagang dan boleh digunakan secara percuma oleh para usahawan,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan dikemukakan ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Muslimin yang ingin tahu mengenai hala tuju pemerkasaan Usahawan Bumiputera dan PKS keseluruhannya terutama dalam membawa usahawan Bumiputera berinovasi melalui digitalisasi.