Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Sarawak dan Sabah

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Januari — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Sarawak dan Sabah sehingga 1 pagi, Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Perak, Sarawak dan Sabah sehingga 1 pagi Isnin.
  • Kawasan terjejas di Perak ialah Kinta dan Kampar.
  • Kawasan terjejas di Sarawak dan Sabah termasuk Kuching, Miri, Bintulu, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Di Perak, kawasan terjejas ialah Kinta dan Kampar.

Bagi Sarawak, amaran melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri merangkumi Subis, Beluru dan Telang Usan.

Sementara di Sabah, ribut petir dijangka melanda Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas).

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.