Richarlison berehat dua bulan kerana kecederaan hamstring

Foto REUTERS

LONDON 16 Januari – Penyerang Tottenham Hotspur, Richarlison akan diketepikan selama hampir dua bulan akibat kecederaan hamstring.

RINGKASAN BERITA AI
  • Richarlison akan berehat hampir dua bulan akibat kecederaan hamstring.
  • Ketiadaannya memberi tamparan besar kepada bahagian serangan Tottenham.
  • Yves Bissouma dijangka kembali, sementara Bergvall mungkin dapat bermain.
  • Destiny Udogie, Dominic Solanke dan Cristian Romero semakin hampir pulih.

Ketua Jurulatih Thomas Frank berkata, keadaan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada bahagian serangan kelab menjelang perlawanan derby London menentang West Ham United di tempat sendiri pada Sabtu.

Ketiadaan pemain antarabangsa Brazil itu merupakan satu kelemahan ketara dengan penyerang itu telah menjaringkan tujuh gol dan memberikan tiga bantuan gol dalam Liga Perdana musim ini.

“Malangnya Richy mengalami kecederaan hamstring yang akan menyebabkannya tidak dapat bermain sehingga tujuh minggu,” kata Frank kepada pemberita.

Kecederaan Richarlison berlaku ketika Spurs cuba bangkit selepas tersingkir daripada pusingan ketiga Piala FA kepada Aston Villa.

Frank menambah bahawa pemain tengah Mali, Yves Bissouma, dijangka kembali manakala Lucas Bergvall mungkin boleh bermain.

Pemain pertahanan Destiny Udogie dan penyerang Dominic Solanke juga semakin hampir mencapai tahap kecergasan sepenuhnya.

Selain itu, ketua pasukan Cristian Romero juga akan kembali ke skuad selepas menjalani tempoh penggantungan satu perlawanan.

Frank juga memuji Tottenham yang berjaya mendapatkan pemain tengah Conor Gallagher dari Atletico Madrid.

Spurs kini berada di tangga ke-14 dalam kedudukan Liga Perdana dengan 27 mata daripada 21 perlawanan. – AFP