Wanita ditemui maut berlumuran darah, dua lelaki ditahan

Logo PDRM / Foto Fail BERNAMA

KUALA KANGSAR, 23 September – Seorang wanita berusia 49 tahun ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Kampung Cheh Kati, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa ditemui ahli keluarga tertiarap dan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah.
  • Dua suspek lelaki ditahan bagi membantu siasatan.
  • Polis menemui sebilah pisau disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian.
  • Mayat dihantar ke Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat; kes disiasat mengikut Seksyen 302.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Heisham Harun berkata, mangsa ditemui ahli keluarga dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah berkenaan.

Susulan kejadian itu, dua suspek lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis menemukan sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.