
CAMERON HIGHLANDS, 23 September – Sebuah rumah separuh kekal di Kampung Batu 33, Ringlet, di sini, musnah 90 peratus dalam kebakaran petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pemilik rumah berjaya menyelamatkan diri; tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.
- JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.34 petang; jentera tiba 11 minit kemudian.
- Operasi pemadaman dijalankan BBP Ringlet dibantu BBP Cameron Highlands menggunakan dua aliran hos.
- Kebakaran dikawal pada 6.29 petang; operasi tamat hampir 10 minit kemudian; punca dan kerugian masih disiasat.
Pemilik rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.34 petang sebelum jentera tiba di lokasi 11 minit kemudian.
Operasi pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet dengan bantuan BBP Cameron Highlands menggunakan dua aliran hos.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.29 petang sebelum operasi ditamatkan kira-kira 10 minit kemudian.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.