Kerjasama Malaysia-Turkiye, perkukuh industri pertahanan

Foto FB Anwar Ibrahim

ANKARA, 7 Januari– Malaysia dan Türkiye komited memperkukuh kerjasama industri pertahanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Komitmen Malaysia dan Türkiye memperkukuh kerjasama industri pertahanan melalui kunjungan hormat rasmi.
  • Perbincangan konstruktif menumpu pembangunan keupayaan pertahanan dan pemindahan teknologi.
  • Penekanan pada latihan dan pembangunan modal insan untuk menyokong kerjasama strategik.
  • Usaha mempertingkatkan kerjasama syarikat pertahanan selari kepentingan keselamatan serantau dan kedaulatan.

Komitmen itu dizahirkan menerusi sesi kunjungan hormat Setiausaha Industri Pertahanan, Sekretariat Industri Pertahanan Presiden Republik Türkiye, Profesor. Dr. Haluk Görgün.

Pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan konstruktif ke arah mempertingkat kerjasama dua hala.

Ini khususnya dalam pembangunan keupayaan pertahanan, pemindahan teknologi serta latihan dan pembangunan modal insan.

Kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama sedia ada antara syarikat pertahanan Malaysia dan Türkiye, dengan penegasan agar ia diperkasakan ke tahap lebih strategik dan menyeluruh.

Kerjasama itu selari kepentingan keselamatan serantau serta usaha memelihara kedaulatan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.