Petronas teroka ASF, kekalkan prestasi

PETRONAS bekerjasama dengan Mercedes-AMG dalam pembangunan 100 peratus ASF

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Kaedah untuk menjadikan bahan api lestari termaju (ASF) lebih jimat tanpa menjejaskan prestasi, sedang diteroka Petroliam Nasional Bhd (Petronas), selaras usaha memperluas penggunaan teknologi berkenaan dalam menghadapi perubahan peraturan unit kuasa Formula 1 (F1).

RINGKASAN BERITA AI
  • Saintis Petronas menumpukan usaha mengurangkan kos ASF sambil mengekalkan prestasi jentera.
  • Petronas bekerjasama dengan Mercedes-AMG untuk membangunkan 100 peratus ASF bagi musim 2026 mengikut peraturan FIA.
  • Pembangunan ASF mengambil kira kos dan kemajuan teknologi untuk kegunaan masa depan selain memenuhi keperluan prestasi F1.
  • Ujian ASF di litar F1 memberikan Petronas pengetahuan dan keupayaan baharu untuk diaplikasikan kepada keperluan bahan api lain.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas, Datuk Seri Sazali Hamzah memberitahu, usaha itu antara cabaran yang sedang diberi tumpuan oleh saintis syarikat ketika pembangunan ASF diteruskan bersama Mercedes-AMG.

“Kami mencabar diri untuk mencari kaedah menjadikannya lebih ekonomik.

“Itu juga antara cabaran yang sedang dihadapi ketika ini, apabila saintis kami memberi tumpuan kepada pilihan lain yang boleh dilaksana untuk mengurangkan kos, namun pada masa sama mengekalkan prestasi,”katanya dalam sidang media bersama pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas, semalam.

Turut hadir Prinsipal Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG Petronas, Toto Wolf.

PETRONAS dalam pada itu, bekerjasama dengan Mercedes-AMG dalam pembangunan 100 peratus ASF untuk digunakan oleh pasukan Mercedes-AMG PETRONAS bermula musim 2026, sejajar peraturan baharu Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

“Pembangunan ASF bukan sekadar tertumpu kepada menghasilkan bahan api yang mampu memenuhi keperluan prestasi jentera F1, sebaliknya turut mengambil kira aspek kos dan kemajuanteknologi itu pada masa depan.

“Pengalaman membangunkan ASF memberikan Petronas pengetahuan dan keupayaan baharu yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan bahan api.

“Pengalaman menguji bahan api dalam keadaan paling mencabar di litar F1 memberikan kelebihan apabila teknologi sama perlu diaplikasikan kepada keperluan lain,”jelas Datuk Seri Sazali.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.