KUALA LUMPUR, 18 November – Skuad Malayan Tigress bakal mengharungi Tri Nations Women’s International Series 2025 menentang Bangladesh pada 26 November dan Azerbaijan pada 29 November ini.
- Skuad Malayan Tigress akan sertai Tri Nations Women’s International Series 2025 menentang Bangladesh dan Azerbaijan.
- Perlawanan persahabatan digunakan untuk menguji pemain baru serta sistem permainan baharu.
- Joel Cornelli tekankan Sukan SEA sebagai platform penting tingkatkan prestasi dan keyakinan pemain.
- Latihan pusat di Kuala Lumpur diteruskan sebelum berlepas ke Chonburi pada 3 Disember.
- Di Kumpulan B Sukan SEA, mereka akan bertemu Vietnam, Myanmar dan Filipina di Chonburi.
Dua aksi persahabatan itu menjadi medan penting menguji pemain baru serta sistem permainan yang sedang diperkemaskan sebagai persiapan Sukan SEA Thailand 2025.
Ketua Jurulatih Bolasepak wanita negara, Joel Cornelli berkata Sukan SEA merupakan kejohanan besar untuk meningkatkan prestasi dan keyakinan pemain, selain membuktikan bahawa mereka mampu bersaing pada tahap baik menentang pasukan lebih kuat di Asia Tenggara, selain persiapan terbaik musim akan datang.
Selepas siri perlawanan itu, skuad negara akan meneruskan latihan pusat di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Chonburi pada 3 Disember.
Malayan Tigress bakal mengharungi cabaran Kumpulan B bertemu Vietnam pada 5 Disember, Myanmar pada 8 Disember dan Filipina pada 11 Disember di Stadium TNSU, Chonburi.