
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan RM50 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) sekali gus menjadikan peruntukan keseluruhan RM150 juta tahun ini.
- Penambahan peruntukan dibuat kerana prestasi cemerlang Mitra menyalurkan bantuan kepada masyarakat India yang miskin dan terpinggir.
- Pengumuman dibuat semasa Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama mahasiswa India di Universiti Malaya.
- Kerajaan Madani akan terus mempertahankan prinsip keadilan sosial tanpa mengira kaum atau latar belakang rakyat.
Menurut Datuk Seri Anwar, peruntukan tambahan itu susulan prestasi baik Mitra khasnya dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat India yang miskin dan terpinggir.
“Oleh kerana saya lihat prestasi Mitra beberapa tahun ini adalah terbaik, justeru mulai tahun ini kita tambah menjadi RM150 juta,” katanya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama mahasiswa India di Universiti Malaya.
Tegasnya, kerajaan Madani akan terus mempertahankan prinsip keadilan sosial tanpa mengira kaum atau latar belakang rakyat.