
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita bergelar ibu.
- Perdana Menteri menitipkan serangkap pantun menghargai jasa dan kasih sayang ibu.
- Hantaran Instagram memuat naik gambar Allahyarham ibunya Che Yan Hamid Hussein dan isteri Dr Wan Azizah.
- Pengikut memberi reaksi positif, mendoakan serta membalas pantun yang dikongsikan.
Bersempena sambutan Hari Ibu hari ini, Datuk Seri Anwar, menerusi hantaran di Instagram, menitipkan serangkap pantun bagi menghargai jasa dan kasih sayang mereka.
“Burung melayang di puncak angkasa,
Hinggap sebentar di pohon jati,
Kasih ibu berkalung jasa,
Menjadi azimat terangi hati.
“Selamat Hari Ibu!” kata beliau.
Menerusi hantaran sama, beliau turut memuat naik gambar Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein, serta isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hantaran tersebut menerima reaksi positif daripada pengikut media sosialnya yang turut mendoakan kesejahteraan Allahyarham ibunya dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, selain membalas pantun yang dikongsikan Perdana Menteri.