fb fb fb fb fb

Terbuka Australia: Djokovic dicemuh, ajak penonton bersemuka

Foto AFP

MELBOURNE, 18 Januari- Aksi pusingan kedua Tenis Terbuka Australia membabitkan juara 10 kali, Novak Djokovic dan pemain Australia, Alexei Popyrin pada Rabu, mengalami sedikit gangguan.

Situasi tegang berlaku akibat Djokovic dicemuh penonton ketika aksi sengit yang berlanjutan hingga empat set.

Insiden itu menyebabkan pemain berusia 36 tahun itu hilang sabar dan mencabar penonton berkenaan untuk bersemuka.

"Saya selalunya tidak ambil peduli dengan kritikan tetapi pada satu ketika saya rasa ini sudah melampau. Saya minta dia bersemuka, malangnya dia tidak berani untuk berbuat demikian. Itu apa yang saya katakan kepadanya," jelas Djokovic.

Bagaimanapun, insiden terbabit tidak menjejaskan rentak permainan bintang Serbia untuk mara ke pusingan ketiga selepas menang 6-3, 4-6, 7-6 dan 6-3.

Juara 24 kali gelaran Grand Slam itu bakal menentang wakil Argentina, Tomas Martin Etcheverry pada aksi seterusnya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM