fb fb fb fb fb

SAFA nafi berunding terima tawaran penjualan sah Sabah FC

Presiden SAFA, Datuk Shahelmey Yahya

KOTA KINABALU, 7 November- Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengesahkan tidak pernah berunding dengan mana-mana pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham Sabah FC.

Presidennya, Datuk Shahelmey Yahya menerusi satu kenyataan memaklumakn, SAFA tidak pernah bertemu individu atau dengan mana-mana wakil bagi pihak yang mendakwa mendapat tawaran penjualan saham Sabah FC.

Katanya, ini termasuk memaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkaitan penjualan saham Sabah FC.

“Kenyataan ini dikeluarkan untuk menjelaskan pendirian SAFA dan Sabah FC bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham berkaitan dakwaan tersebut.

“Sekali lagi saya tegaskan di sini, SAFA tidak pernah bertemu individu atau dengan mana-mana wakil bagi pihak yang mendakwa mendapat tawaran penjualan saham Sabah FC,” katanya.

Shahelmey mengulas mengenai kenyataan dalam laman Facebook DS AT yang menyebut DSAT Group ‘ditawarkan’ mengambil alih Sabah FC.

DS AT dalam laman tersebut mengucapkan terima kasih kepada Presiden SAFA, merangkap Timbalan Ketua Menteri selepas bersetuju menawarkan Sabah FC sekali gus kononnya mengesahkan tawaran sudah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Tatkala KDA FC masih membisu, DSAT GROUP ditawar bantu Sabah FC

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE