PRN Negeri Sembilan: BN umum senarai calon

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 16 Julai – Barisan Nasional pada Rabu mengumumkan senarai 25 dari 36 calon yang mewakili gabungan berkenaan pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • BN akan mengumumkan calon bagi baki 11 kerusi DUN selepas penetapan selesai.
  • Beberapa pemimpin utama disahkan mempertahankan kerusi, termasuk Mohamad Hasan, Jalaludin Alias dan Mohd Faizal Ramli.
  • Pengerusi BN Zahid Hamidi mahu kejayaan PRN Johor dijadikan pembakar semangat dan jentera bergerak agresif turun padang.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan senarai itu berkata calon bagi baki 11 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan selepas ia dimuktamadkan.

Antara nama besar yang disahkan kekal mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan (N27 Rantau), Datuk Seri Jalaludin Alias (N02 Pertang), Datuk Mohd Faizal Ramli (N32 Linggi), dan Datuk Mohd Asna Amin (N09 Lenggeng).

Manakala muka baharu yang dipertaruhkan ialah Siti Nur Umaira Hashim (N20 Labu) Leza Md Yasin-(N18 Pilah) dan Siow Kong Choon (N01 Chennah).

Majlis pelancaran senarai calon itu turut dihadiri oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, pada majlis sama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu kejayaan besar parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan sebagai pembakar semangat dalam usaha untuk menawan semula negeri berkenaan.

Bercakap di Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN di sini, beliau menyeru seluruh jentera untuk bergerak lebih agresif dan tersusun termasuk melaksanakan aktiviti turun padang mendekati seramai mungkin pengundi.

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.