Rakyat Israel masuk Malaysia akan diusir segera – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas, termasuk mengusir serta merta mana-mana rakyat Israel yang dikesan menggunakan dua kewarganegaraan menetap di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri tegaskan pendirian kerajaan tidak akan berkompromi jika dakwaan dibuktikan benar.
  • Semua agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi 'Network School' di Forest City, Gelang Patah.
  • Perdana Menteri percaya Menteri Pendidikan Tinggi akan memberi jawapan berhubung isu tersebut.
  • Kerajaan Negeri Johor menggesa KDN dan agensi berkaitan menyiasat operasi yang didakwa disertai warga asing.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pendirian kerajaan kekal jelas untuk tidak berkompromi jika dakwaan tersebut dibuktikan benar.

Siasatan menyeluruh dan terperinci sedang dilaksana semua agensi berkaitan terhadap isu pengoperasian ‘Network School’ di Forest City, Gelang Patah.

“Saya percaya Menteri Pendidikan Tinggi akan beri jawapan. Kita tidak izinkan. Kalau ada, tindakan mesti diambil. Kalau ada rakyat Israel kita tidak iktiraf, mereka akan diusir segera.

“Tapi ini semua agensi telah menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Khas Murid-Murid Wilayah Persekutuan ‘A Celebration of Life and Peace’ anjuran Yayasan ERM di ibu negara.

Terdahulu, Kerajaan Johor menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan supaya menjalankan siasatan berhubung operasi ‘Network School’ yang didakwa disertai warga Israel.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.