fb fb fb fb fb

Piala Dunia ISTAF: Malaysia raih gangsa acara double

Foto ISTAF

BIHAR, 23 Mac-Hasrat skuad sepak takraw negara untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia ISTAF 2025 dalam acara double lelaki tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi Thailand 2-1 di peringkat separuh akhir di sini, hari ini.

Malaysia yang diwakili Aidil Aiman Zawawi, Shahril Aiman dan Noraizat Nordin berjaya bangkit selepas tewas pada set pertama 9-15 untuk mencatat kemenangan pada set kedua 17-15.

Bagaimanapun, momentum tersebut gagal diteruskan di set penentuan apabila tewas tipis 15-17 sekali gus terlepas peluang untuk beraksi di perlawanan akhir dan berpuas hati dengan pingat gangsa.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Zulkarnain Arif tidak dapat menyamai pencapaian gemilang tahun lalu apabila muncul juara dalam acara double lelaki.

Pada edisi 2024 di Kuala Lumpur, Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 menentang lawan dari Thailand dalam final double untuk meraih pingat emas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD