KUALA LUMPUR, 9 Disember- Cabaran sengit menanti Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 apabila diundi bersama Vietnam dalam Kumpulan F.
Saingan pusingan ketiga kelayakan kejohanan itu dijadual bermula Mac tahun depan.
Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil hari ini, turut diundi dalam kumpulan sama adalah Nepal dan Laos.
Berdasarkan ranking dunia, Vietnam berada di kedudukan ke-116, Malaysia (132), Nepal (175) dan Laos ke-186.
Berdasarkan rekod pertemuan menentang Vietnam sejak 2016 menyaksikan Malaysia tewas tujuh dan seri satu dalam lapan pertemuan.
Kali terakhir pasukan negara meraih kemenangan adalah pada Disember 2014.
Saingan kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027 akan berlangsung secara timbal balik.
Berdasarkan format kejohanan, hanya juara setiap kumpulan akan mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027.