BUDAPEST, 15 Disember- Bintang Argentina, Lionel Messi, Kaylian Mbappe disenaraikan bagi Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA manakala pemain Sepanyol, Aitana Bonmati dinamkan sebagai finalis bagi Anugerah Terbaik Wanita.
Dua pemain tersebut telah membuktikan kemampuan masing-masing sepanjang musim ini.
Pencapaian yang telah dilakar telah menyaksikan Messi meraih anugerah Ballon d'Or kelapan pada Oktober lalu.
Manakala Bonmati meraih kemenangan anugerah sama bagi kategori wanita selepas membantu Sepanyol bergelar juara Piala Dunia Wanita.
Sementara itu, calon lain yang turut tersenarai untuk anugerah pemain terbaik lelaki FIFA ialah Erling Haaland dan Kylian Mbappe.
Bagi Anugerah pemain terbaik Wanita FIFA pula menyaksikan Bonmati bakal mendapat cabaran daripada rakan sepasukan dari Sepanyol, Jenni Hermoso dan pemain sensasi remaja Colombia, Linda Caicedo.
Majlis anugerah itu akan berlangsung di London pada 15 Januari 2024.