ABIDJAN, 29 Januari- Pasukan Cape Verde bakal menentang Mauritania dalam pertemuan penting, pada pusingan 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 untuk menempah slot ke suku akhir.
Ketua jurulatih Cape Verde, Pedro Brito atau lebih dikenali sebagai Bubista akan menekankan disiplin taktikal pasukannya dan mengakui pertahanan Mauritania amat baik dan bermain secara agresif.
Sementara itu, jurulatih Mauritania, Amir Abdou yang terkenal dengan kejayaan mengejutkan sebelum ini telah kecewa selepas tewas menentang negara-negara yang lebih kuat.
Sebagai ikon AFCON, Abdou telah membawa kedua-dua Kepulauan Comoros dan Mauritania ke pusingan kalah mati.
Mauritania tidak pernah mendahului dalam perlawanan AFCON, sebelum mereka menewaskan juara 2019, Algeria.
Mauritania dan Cape Verde akan berdepan dalam perlawanan terakhir mereka esok di stadium Félix Houphouët Boigny, Abidjan.- AFP