PM zahir takziah atas kemangkatan kakanda Sultan Pahang

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan kakanda kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Doa agar Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan dan menempatkan Almarhumah Yang Amat Mulia dalam kalangan para solihin.
  • Mendoakan agar Sultan Pahang, Tengku Ampuan dan seluruh Kerabat Diraja dikurniakan ketabahan serta kekuatan menghadapi kehilangan.
  • Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya memaklumkan kemangkatan berlaku di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada pukul 9.15 malam.
  • Jenazah akan dibawa ke Makam Diraja Pahang, Pekan dan dimakamkan dengan penuh penghormatan serta istiadat.

“Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Setia Hajjah Aishah Binti Al-marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Amat Mulia dalam kalangan para solihin,” Kata Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di Facebook.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang serta seluruh Kerabat Diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya memaklumkan kakanda Sultan Pahang mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada pukul 9.15 malam tadi

Jenazah akan dibawa ke Makam Diraja Pahang, Pekan untuk dimakamkan dengan penuh penghormatan dan istiadat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.