Tiga unit kedai dua tingkat di Johor Bahru terbakar

Foto JBPM

JOHOR BAHRU, 22 Oktober -Tiga unit kedai dua tingkat di Jalan Segget, di sini, terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 4.21 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Premis Grace Bollywood musnah 80 peratus, kedai barangan sembahyang rosak 70 peratus.
  • Sebuah lagi kedai mengalami kemusnahan kira-kira 30 peratus.
  • Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.20 pagi, operasi pemadaman masih diteruskan.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan; 18 anggota BBP Larkin, Tebrau dan Johor Jaya dikerahkan.

Kebakaran memusnahkan 80 peratus premis Grace Bollywood dan 70 peratus kedai barangan sembahyang.

Komander operasi, PBK I Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Abdul Wahab Nasir berkata, sebuah lagi kedai mengalami kemusnahan 30 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.20 pagi, bagaimanapun, operasi masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan,

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau memberitahu, seramai 18 anggota dari BBP Larkin, Tebrau dan Johor Jaya digerakkan bagi operasi pemadaman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.