SFZ Forest City berpotensi lepasi sasaran pelaburan RM2 bilion tahun ini


ISKANDAR PUTERI, 11 Jun – Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City, Iskandar Puteri, berpotensi melepasi sasaran pelaburan sebanyak RM2 bilion tahun ini susulan sambutan menggalakkan diterima di zon berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Zon SFZ menerima 260 pertanyaan pelabur, termasuk 48 pertanyaan sejak awal tahun hingga April.
  • Potensi pelaburan melibatkan sektor kewangan, ekonomi digital, teknologi hijau dan perkhidmatan berteknologi tinggi.
  • Beberapa syarikat kini berada pada peringkat akhir rundingan dan menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
  • Terdapat peningkatan minat daripada syarikat fintech, pengurusan kekayaan, perkhidmatan perniagaan serantau dan teknologi bandar pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor, Natazha Harris berkata, zon khas itu menerima 260 pertanyaan daripada pelabur dengan 48 pertanyaan direkodkan sejak awal tahun hingga April lalu.

“Potensi pelaburan melibatkan sektor kewangan, ekonomi digital, teknologi hijau, dan perkhidmatan tinggi.

“Beberapa syarikat sedang berada di peringkat akhir rundingan, serta menjalankan kajian kebolehlaksanaan,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu katanya terdapat peningkatan minat untuk melabur di kawasan tersebut daripada syarikat kewangan fintech, pengurusan kekayaan, perkhidmatan perniagaan serantau, dan teknologi bandar pintar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.