
ISKANDAR PUTERI, 11 Jun – Forest City Iskandar Puteri kini dinilai pelabur dalam konteks lebih luas dan strategik melangkaui entiti kawasan itu sebagai Projek
Pembangunan Hartanah.
- Perubahan naratif kepada hab ekonomi kewangan dan digital kini menarik perhatian pelabur.
- Forest City dianggap menawarkan nilai dan kelebihan berbeza, bukan pesaing langsung kepada Singapura, Dubai atau Hong Kong.
- Sebagai Zon Kewangan Khas, ia menawarkan persekitaran perniagaan lebih jimat kos dengan keterhubungan serantau untuk pengembangan operasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor, Natazha Harris berkata perubahan naratif kepada hab ekonomi kewangan dan digital berorientasikan masa depan semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelabur.
“Forest City juga dilihat menawarkan nilai dan kelebihan berbeza dan tidak menjadi pesaing langsung hab kewangan kepada Singapura, Dubai atau Hong
Kong.
“Antara kelebihan ditawarkan Forest City sebagai Zon Kewangan Khas adalah persekitaran perniagaan lebih jimat kos, tanpa menjejaskan keterhubungan serantau,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah beliau, kelebihan Forest City turut memenuhi keperluan untuk syarikat mengembangkan operasi.