
KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM3.94 sen hingga RM3. 96 sen berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan.
- Ekonomi Malaysia mencatat prestasi baik, pertumbuhan 5.4% disokong permintaan domestik dan luaran.
- Separuh kedua tahun ini berisiko jika perang di Iran dan sekatan Selat Hormuz berterusan.
- Bank Negara lapor pertumbuhan disokong perbelanjaan isi rumah berdaya tahan, pasaran buruh menggalakkan dan sokongan dasar.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ekonomi Malaysia setakat ini menunjukkan prestasi baik, disokong permintaan domestik dan luaran yang mendorong pertumbuhan kepada 5.4 peratus.
Angka itu lebih tinggi berbanding anggaran awal sebanyak 5.3 peratus.
Bagaimanapun, beliau berkata separuh kedua tahun ini akan menjadi lebih kritikal sekiranya perang di Iran dan sekatan di Selat Hormuz berterusan.
Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia melaporkan ekonomi negara berkembang 5.4 peratus, disokong perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan dan sokongan dasar berterusan.