Pahang perkukuh kedudukan sebagai destinasi pelancongan utama

Pantai peranginan Cherating antara lokasi di Pahang yang sering dikunjungi pelancong / Foto BERNAMA

KUANTAN, 19 Oktober – Penganjuran Forum Jaringan Pelancongan Antara Negeri PATA Malaysia dan Pameran Pelancongan Domestik Pahang 2026 menjadi platform memperkukuh kedudukan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program menghimpunkan agensi kerajaan, persatuan pelancongan dan penggiat industri dari pelbagai negeri.
  • Platform membuka ruang pembangunan pakej, padanan perniagaan, perkongsian kepakaran dan promosi destinasi lebih bersepadu.
  • Kerjasama erat antara kerajaan, pemain industri dan rakan strategik penting untuk pertumbuhan industri pelancongan.
  • Kepelbagaian produk pelancongan Pahang seperti tanah tinggi, pantai, warisan, budaya dan komuniti memenuhi pelbagai segmen pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, program itu menghimpunkan agensi kerajaan, persatuan pelancongan serta penggiat industri daripada pelbagai negeri.

Menurutnya, platform berkenaan membuka ruang kepada pembangunan pakej pelancongan, padanan perniagaan, perkongsian kepakaran serta promosi destinasi secara lebih bersepadu.

“Kerjasama erat antara kerajaan, pemain industri dan rakan strategik merupakan antara faktor utama dalam memastikan industri pelancongan terus berkembang.

“Melalui platform seperti ini, kita boleh memperluas peluang perniagaan, memperkenal produk pelancongan baharu dan meningkatkan daya tarikan Pahang dalam pasaran domestik serta antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Leong turut memaklumkan, Pahang mempunyai kelebihan menerusi kepelbagaian produk pelancongan termasuk destinasi tanah tinggi, pantai dan pulau, warisan, budaya serta pelancongan berasaskan komuniti.

Beliau menyifatkan kepelbagaian itu membolehkan negeri berkenaan memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran pelancongan.

Tahun lepas, Pahang merekodkan ketibaan 15.28 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan pelancongan berjumlah RM13.72 bilion.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.