Hanya 6,000 rakyat Malaysia daftar e-Konsular pada 2025

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 22 Oktober -Rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara digesa mendaftarkan maklumat perjalanan, destinasi dan nombor telefon menerusi aplikasi e-Konsular bagi memudahkan pihak kementerian dan kedutaan menghubungi mereka jika berlaku kecemasan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendaftaran e-Konsular sangat rendah; hanya lebih 6,000 pendaftaran sepanjang 2025 walau ramai rakyat Malaysia mengembara.
  • Maklumat e-Konsular penting untuk menyelaras bantuan dan usaha membawa keluar rakyat dari kawasan konflik seperti Yaman.
  • e-Konsular berperanan sebagai pusat maklumat bagi Kementerian Luar menghubungi warga Malaysia di luar negara.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hanya lebih 6,000 individu mendaftar menerusi aplikasi itu sepanjang 2025 walaupun jumlah rakyat Malaysia yang ke luar negara jauh lebih tinggi.

Katanya, maklumat berkenaan amat penting bagi membolehkan kerajaan menyelaras bantuan, termasuk usaha membawa keluar rakyat Malaysia dari kawasan konflik seperti Yaman.

“Sebagai contoh, maklumkan bahawa kita akan berada di Melbourne dari 22 hingga 30 haribulan serta sertakan nombor telefon untuk dihubungi. Tidak perlu menyatakan tujuan perjalanan, namun jika boleh, berikan juga alamat tempat tinggal sepanjang berada di sana.

“Ini kerana kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku ketika berada di luar negara. Oleh itu, e-Konsular berfungsi sebagai pusat maklumat yang membolehkan Kementerian Luar berhubung dengan rakyat Malaysia, sama ada yang menetap di luar negara atau berada di sana untuk tujuan lawatan dan urusan lain,” beliau menjawab menjawab soalan tambahan ahli parlimen Tampin, di Dewan Rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.