Saham RedPlanet melonjak 42.1% pada hari pertama dagangan di pasaran ACE

Pengarah Urusanb RedPlanet Lian Wah Seng

KUALA LUMPUR, 22 Oktober -RedPlanet Bhd mencatatkan prestasi cemerlang pada hari pertama dagangan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, susulan pemindahan penyenaraian syarikat perkhidmatan teknologi maklumat itu daripada Pasaran LEAP.

RINGKASAN BERITA AI
  • Saham dibuka pada 27 sen, melonjak 42.1% dari harga IPO 19 sen, mencecah paras tertinggi 29.5 sen.
  • Lebih 63.45 juta saham ditransaksikan, permodalan pasaran dianggarkan sekitar RM115 juta.
  • Hasil kasar RM13.3 juta daripada terbitan 70 juta saham baharu, dana diperuntukkan untuk pengembangan perniagaan dan pemasaran.

Saham syarikat itu dibuka pada harga 27 sen, meningkat lapan sen atau 42.1 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 19 sen sesaham.

Ia kemudian mencecah paras tertinggi 29.5 sen dan kembali didagangkan pada harga 27 sen dengan lebih 63.45 juta saham bertukar tangan.

Berdasarkan harga terakhir itu, permodalan pasaran syarikat berkenaan berjumlah RM115 juta.

Pengarah Urusannya, Lian Wah Seng berkata, perolehan itu itu akan mengukuhkan kedudukan syarikat serta menyokong pengembangan perniagaan serta menambah baik rumusan berteraskan teknologi yang ditawarkan.

“Secara keseluruhannya, kami memperoleh hasil kasar sebanyak RM13.3 juta menerusi terbitan 70 juta saham baharu. Sebahagian besar daripada hasil itu akan diperuntukkan bagi pengembangan perniagaan, termasuk RM6 juta untuk bahan perakaunan dan perkhidmatan kontrak, RM1.63 juta bagi bon pelaksanaan serta RM500,000 untuk aktiviti pembangunan perniagaan dan pemasaran.

“Peruntukan ini penting kerana, seperti yang kami nyatakan sebelum ini, jumlah tender yang sedang kami sertai kini lebih besar. Oleh itu, kami yakin sekiranya berjaya memperoleh beberapa projek berkenaan, kami mempunyai keupayaan kewangan untuk melaksanakan projek-projek tersebut,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

RedPlanet merupakan syarikat yang mempunyai pengkhusuan dalam rumusan geospatial, rel pintar serta perdagangan rumusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perkakasan sokongan.

Perkhidmatan geospatial syarikat itu merangkumi pengumpulan, analisis dan pemprosesan data serta aplikasi berkaitan, manakala rumusan rel pintarnya termasuk sistem proprietari yang direka untuk mengesan pencerobohan manusia di platform kereta api.

Syarikat itu sebelum ini disenaraikan di Pasaran LEAP pada Ogos 2020.

UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.