
KUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi hambar yang dicatatkan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).
- April dan Mei turun kepada AS$4,576.50 dan AS$4,600.40 setiap auns troy.
- Jun, Julai dan Ogos turut ditutup rendah pada AS$4,612.40 setiap auns troy.
- Jumlah dagangan merosot kepada 12 lot dari 19 lot, manakala kepentingan terbuka susut kepada 74 kontrak.
Pada akhir dagangan, April 2026 turun kepada AS$4,576.50 setiap auns troy daripada AS$4,631.60 ketika ditutup semalam, manakala Mei 2026 susut kepada AS$4,600.40 setiap auns troy daripada AS$4,655.50.
Jun 2026, Julai 2026 dan Ogos 2026 turut ditutup rendah pada AS$4,612.40 setiap auns troy berbanding AS$4,668.20 semalam.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 19 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka susut kepada 74 kontrak daripada 80 kontrak.
Harga emas fizikal pada AS$4,564.90 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 28 April, 2026. -BERNAMA