
KUALA LUMPUR, 17 April – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dalam sistem: RM45.66 bilion pasaran konvensional dan RM23.82 bilion dalam dana Islam.
- Tiga tender repo berbalik konvensional: RM1.2 bilion (7 hari), RM450 juta (31 hari), RM300 juta (91 hari).
- Tender repo berbalik Islam: RM300 juta untuk 7 hari; Murabahah Komoditi Bercagar RM500 juta untuk 31 hari.
- Tender semalaman 4 petang: sehingga RM47.6 bilion konvensional dan RM24.6 bilion dalam tender semalaman Murabahah.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM45.66 bilion dalam pasaran konvensional dan RM23.82 bilion dalam dana Islam.
BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik bernilai RM1.2 bilion untuk tujuh hari, RM450 juta untuk 31 hari dan RM300 juta untuk 91 hari.
Bank pusat akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM500 juta untuk 31 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM47.6 bilion dan RM24.6 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA