Bursa Malaysia gantung sementara dagangan saham ENRA

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 April – Dagangan saham ENRA Group Bhd digantung sementara hari ini sebelum disambung semula pada sebelah petang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bursa Malaysia menggantung dagangan ENRA dari 11.48 pagi hingga 2.30 petang.
  • Langkah itu menjelang pengumuman MOU antara ENRA Energy Solutions (70% tidak langsung milik ENRA) dan Boustead Holdings.
  • Pada 12.10 tengah hari, saham ENRA tidak berubah pada 65 sen dan tiada jumlah dagangan direkodkan.

Menurut Bursa Malaysia hari ini, dagangan saham ENRA digantung bermula 11.48 pagi sebelum disambung semula pada 2.30 petang pada hari yang sama.

Dagangan itu digantung menjelang pengumuman bahawa ENRA Energy Solutions Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung milik 70 peratus ENRA Group Bhd, telah memeterai memorandum persefahaman dengan Boustead Holdings Bhd.

Pada 12.10 tengah hari, saham ENRA tidak berubah pada 65 sen dengan tidak merekodkan jumlah dagangan.

ENRA adalah syarikat pelaburan terpelbagai.- BERNAMA