JPDS catat kutipan hasil memberangsangkan RM40.76 juta pada 2025

Gambar fail BERNAMA

LABUAN, 21 April – Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) mencatat kutipan hasil memberangsangkan sebanyak RM40.76 juta bagi tahun 2025, sekali gus menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian disandarkan kepada kerja keras, komitmen tinggi dan kerjasama padu seluruh warga JPDS.
  • JPDS memperkasakan pendigitalan termasuk pelaksanaan E-KKBS pada 2026 serta sistem cukai pendaratan, izin belayar dan lesen permit.
  • Kerjasama dengan Jabatan Bendahari memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di Pelabuhan Menumbok, tingkatkan kecekapan, keselamatan dan kemudahan pengguna.

Kejayaan itu dilihat sebagai pencapaian penting dalam usaha menyumbang kepada peningkatan hasil negeri Sabah.

Menurut Pengarah JPDS, Maswandie Maimoon, pencapaian tersebut adalah hasil daripada kerja keras, komitmen tinggi serta kerjasama padu seluruh warga jabatan.

“Pencapaian ini adalah hasil daripada kerja keras, komitmen tinggi serta kerjasama padu seluruh warga jabatan dalam merealisasikan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan,” katany ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Sanjungan Budi 2025 JPDS.

Majlis dirasmikan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Ewon Benedick.

Maswandie turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan ng tahun, yang menjadi pemangkin kepada kejayaan jabatan tersebut.

Seiring dengan hasrat kerajaan ke arah pendigitalan perkhidmatan awam, JPDS kini giat memperkasa sistem digital termasuk pelaksanaan Sistem Kapal Kecil Berlesen Sabah (E-KKBS) yang dijangka mula digunakan pada tahun 2026, selain beberapa sistem lain seperti Sistem Cukai Pendaratan, Sistem Izin Belayar serta Sistem Lesen dan Permit Beroperasi.

Dalam perkembangan sama, JPDS dengan kerjasama Jabatan Bendahari Negeri Sabah sedang melangkah ke fasa seterusnya dengan memperkenalkan kemudahan pembayaran tanpa tunai di Pelabuhan Menumbok, yang dijangka dapat meningkatkan kecekapan, keselamatan serta memudahkan urusan pengguna selaras dengan aspirasi wilayah tersebut.