Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

Ia seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pada 9.33 pagi, kontrak Jun, Sept, Julai dan Disember mencatat kenaikan antara empat hingga enam mata.
  • Kontrak Jun 2026 dan September 2026 masing-masing naik enam mata kepada 1,695.50 dan 1,678.50.
  • Jumlah dagangan sebanyak 1,742 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 28,133 kontrak.
  • Pada 9.52 pagi, petunjuk pasaran meningkat 11.78 mata berbanding penutupan Jumaat lepas.

Pada 9.33 pagi, kontrak Jun 2026 dan September 2026, masing-masing meningkat enam mata kepada 1,695.50 dan 1,678.50, Julai 2026 naik 5.5 mata kepada 1,697.5 dan Disember 2026 menambah empat mata kepada 1,677.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,742 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 28,133 kontrak.

Pada 9.52 pagi, petunjuk pasaran meningkat 11.78 mata kepada 1,695.41 daripada 1,683.63 semasa ditutup pada Jumaat lepas. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.