
JITRA, 15 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita 18 motosikal yang ditunggang warga asing menerusi Op Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan di sini.
- Kebanyakan kes membabitkan penunggang dan pembonceng etnik Rohingya yang mendakwa meminjam motosikal dengan kebenaran pemilik.
- JPJ mengeluarkan 160 notis saman atas pelbagai kesalahan termasuk memandu tanpa lesen, cukai jalan tamat dan tiada perlindungan insurans.
- Operasi penguatkuasaan akan dipergiat untuk memastikan keselamatan serta pematuhan peraturan jalan raya sentiasa terjamin.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata kebanyakan tindakan penguatkuasaan membabitkan penunggang dan pembonceng etnik Rohingya yang mendakwa meminjam motosikal tersebut dengan kebenaran pemilik.
Pihaknya turut mengeluarkan 160 notis saman atas pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan termasuk memandu tanpa lesen memandu yang sah, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta beberapa pelanggaran peraturan jalan raya lain,” katanya.
Tegas beliau, setiap pengguna jalan raya wajib mematuhi undang-undang yang ditetapkan
Beliau memberi amaran operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan serta pematuhan peraturan jalan raya sentiasa terjamin.