fb fb fb fb fb

Van terbakar, pemandu nyaris maut

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah van di kawasan Medan Raya, Bintulu petang tadi. / Foto RTM

BINTULU, 8 Februari-Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila van yang dipandunya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di kawasan Medan Raya, sekitar pukul 1.52 petang tadi.

Jurucakap Pasukan Alpha Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, sepasukan anggota bomba bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah van telah terbakar sepenuhnya.

"Anggota bomba bertindak pantas memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 2.13 petang", katanya di sini.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD