
SEPANYOL, 30 Julai – Hampir 100 rumah musnah dalam kebakaran hutan yang melanda wilayah Comunidad de Madrid, Sepanyol.
- Pihak berkuasa berkata kebakaran di Madrid, Toledo dan Avila kini dikawal serta stabil.
- Keadaan di Castellon dan Valencia kritikal, lebih 10,000 hektar dilaporkan terbakar.
- Perdana Menteri memberi amaran gelombang haba keempat, suhu hampir 40 darjah dan angin kencang berisiko mencetuskan kebakaran baru.
Walaupun pihak berkuasa memaklumkan kebakaran di Madrid, Toledo dan Avila kini berjaya dikawal serta stabil, keadaan di Castellon dan Valencia masih kritikal apabila lebih 10,000 hektar kawasan telah terbakar.
Perdana Menteri Pedro Sanchez memberi amaran beberapa jam akan datang dijangka mencabar susulan gelombang haba keempat musim panas, dengan suhu di Madrid menghampiri 40 darjah Celsius.
Manakala dengan angin kencang berisiko mencetuskan kebakaran baharu.
Sementara itu, satu lagi kebakaran turut dilaporkan berlaku di Zamora, utara Sepanyol.
Di sebalik kemusnahan yang berlaku, penduduk mula menilai kerugian apabila ada yang pulang daripada bercuti dan mendapati rumah mereka hangus dijilat api, manakala kediaman jiran di sebelah terselamat tanpa sebarang kerosakan. – REUTERS