Tribunal Anti Buli mula beroperasi, mahkamah dirasmi 16 Jun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said/Foto RTM

PUTRAJAYA, 19 Mei – Tribunal Anti Buli mula beroperasi selepas pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi tribunal bagi memperkukuh mekanisme pengendalian kes buli di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tribunal Anti Buli akan dirasmikan pada 16 Jun, termasuk mahkamah fizikal dan platform dalam talian.
  • Penubuhan tribunal dilaksanakan selaras kelulusan Parlimen menerusi akta berkaitan.
  • Tribunal ini diwujudkan untuk menyediakan saluran cepat dan berkesan bagi mangsa buli mendapatkan pembelaan dan keadilan.
  • Nurul Husna Awang dilantik sebagai Pengerusi Tribunal Anti Buli berkuat kuasa 16 Jun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tribunal berkenaan akan dirasmikan pada 16 Jun depan, termasuk pelaksanaan mahkamah fizikal dan platform secara dalam talian.

“Penubuhan tribunal ini akan dilaksanakan selaras dengan kelulusan Parlimen menerusi akta berkaitan kewujudan tribunal berkenaan.

“Ia diwujudkan bagi menyediakan saluran lebih cepat dan berkesan kepada mangsa buli untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kluster Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sementara itu, Nurul Husna Awang dilantik sebagai Pengerusi Tribunal Anti Buli berkuat kuasa 16 Jun ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.