Pos barangan jemaah haji Malaysia ke tanah air cecah 5 tan sehari

Sehingga kini lebih 133 tan barangan telah dihantar ke Malaysia sepanjang operasi haji yang bermula pada 18 April lalu, menurut Penolong Pengurus Operasi Haji, Mohd. Roshidi Loman. Foto BERNAMA

MEKAH, 21 Mei – Penghantaran barangan kurier jemaah haji dari tanah suci ke Malaysia kini mencecah lima tan sehari menjelang kemuncak ibadah wukuf di Arafah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penghantaran barangan kurier jemaah haji kini mencecah lima tan sehari menjelang wukuf di Arafah.
  • Lembaga Tabung Haji melantik lima syarikat termasuk Pos Malaysia untuk mengendalikan perkhidmatan penghantaran bagasi dan barangan.
  • TH tidak bertanggungjawab jika jemaah menggunakan syarikat tidak dilantik kerana barang hilang sukar ditemui dan kos tambahan.
  • Jumlah penghantaran dijangka naik kepada 400 tan musim ini berbanding tahun lalu susulan pertambahan permintaan menjelang wukuf.

Penolong Pengurus Operasi Haji, Mohd. Roshidi Loman berkata, jumlah itu dijangka meningkat dalam tempoh terdekat terutamanya apabila ramai jemaah mula menghantar pulang barangan bagi mengurangkan berat bagasi.

“Sehingga kini lebih 133 tan barangan telah dihantar ke Malaysia sepanjang operasi haji yang bermula pada 18 April lalu.

“Lembaga Tabung Haji (TH) telah melantik lima syarikat bagi mengendalikan perkhidmatan penghantaran bagasi dan barangan jemaah musim ini antaranya termasuk Pos Malaysia Berhad.

“Lima syarikat ini dilantik TH tidak akan bertanggungjawab jika (jemaah haji)menggunakan perkhidmatan syarikat tidak dilantik TH, kerana barang yang hilang sukar ditemui kembali, selain terdapat kos lain dalam penghantaran barang,” katanya kepada pemberita.

Pihaknya menjangkakan jumlah penghantaran barangan jemaah haji Malaysia musim ini meningkat kepada 400 tan berbanding kira-kira 300 tan tahun lalu susulan pertambahan permintaan terutama menjelang kemuncak ibadah wukuf di Arafah.

“Antara barangan paling banyak dihantar ialah makanan seperti kurma dan kacang, selain cenderamata termasuk jubah serta pelbagai barangan untuk keluarga di tanah air,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.