Selangor masih ada 90 minit lagi – Faisal Halim

Aksi kapten pasukan Selangor FC Faisal Halim ketika menentang Buriram United dalam perlawanan akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium MBPJ – Foto Selangor FC

PETALING JAYA, 21 Mei – Gagal menyempurnakan peluang dan kesilapan mudah antara punca Selangor FC tewas kepada Buriram United dalam aksi perlawanan akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Faisal tetap optimis; "masih ada 90 minit" untuk bangkit dan rebut kejuaraan di tempat lawan.
  • Perlawanan dianggap berintensiti tinggi, kedua-dua pasukan saling menyerang dan bertahan.
  • Theerathon lega pasukannya membawa bekalan satu gol; Buriram fokus menang di laman sendiri untuk julang trofi.

Perkara itu diakui oleh kapten Merah Kuning, Faisal Halim yang kecewa kerana gagal pasukannya gagal merebut kelebihan bermain di laman sendiri.

“Sudah tentu kecewa kita bermain di halaman sendiri di rumah sendiri, kita tidak dapat guna peluang yang ada sebaik mungkin.

“Kita kawal permainan dan menyerang serta mencipta peluang namun sayangnya kita gagal meletak bola dalam jaring, itu adalah benda yang paling penting untuk perlawanan malam ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Selangor gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri – Foto Selangor FC

Beliau bagaimanapun optimis untuk pasukan Gergasi Merah bangkit di tempat lawan bagi merebut kejuaraan.

“Sudah tentu kita masih ada 90 minit, walaupun hari ini kami kalah namun kedua-dua pasukan saling menyerang dan bertahan dalam perlawanan yang sangat berintensiti tinggi.

“Perlawanan seperti ini kita kena elak dan kurangkan kesilapan kerana jika kita lakukan kesilapan mudah ia akan menghukum pasukan,” katanya.

Pemain Buriram United, Theerathon Bunmathan cuba menyekat serangan pemain Selangor – Foto Selangor FC

Sementara itu, pemain Buriram United, Theerathon Bunmathan pula lega pasukannya berjaya membawa pulang bekalan satu gol menjelang perlawanan akhir kedua nanti di laman sendiri.

“Kami akan bermain di tempat sendiri dan dihadapan penyokong kami. Jadi kami akan fokus untuk memenangi perlawanan itu dan menjulang trofi kejuaraan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.