fb fb fb fb fb

SSPN berjaya kumpul tabungan sebanyak RM10.8 bilion

SUNGAI PETANI, 11 Februari - Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN berjaya mengumpul tabungan sebanyak RM10.8 bilion menerusi 5.2 juta akaun yang dibuka setakat 31 Disember lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, instrumen simpanan yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan keistimewaan dan manfaat untuk rakyat di negara ini.

"Sebagai contoh menerusi simpanan di bawah SSPN Prime, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 ditawarkan kepada pendeposit sekiranya anak mereka berjaya menyambung pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi yang dikitiraf oleh kerajaan", katanya ketika berucap pada Program Sumbangan Simpan SSPN Kepada Pelajar Asnaf Merbok, di sini.

Pada majlis tersebut seramai 50 orang pelajar asnaf dari sekolah rendah sekitar kawasan Merbok menerima sumbangan Simpanan SSPN Prime yang dilaksanakan melalui Wakalah Zakat Negeri Kedah melibatkan peruntukkan sebanyak RM5,000.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Datuk Annuar Ahmad, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan, Khairil Azani Arzmi.

Media Baharu