
JAKARTA, 18 Sept – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan pada Jumaat menemukan tiga lagi mayat dalam sebuah kapal yang terbalik dan tenggelam di Laut Jawa, menjadikan angka kematian sembilan orang pada hari keenam operasi pencarian, menurut Tentera Laut Indonesia, lapor Xinhua.
- Penyelam Tentera Laut memasuki kapal karam dan menemui dua lelaki serta seorang wanita.
- 210 barangan ditemui di dalam dan sekitar bangkai kapal; akan diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan untuk siasatan.
- Virgo Transport 8 membawa 243 penumpang dari Surabaya ke Banjarmasin, terbalik akibat cuaca buruk awal Ahad.
- Data rasmi: 108 berjaya diselamatkan manakala 126 masih dilaporkan hilang.
Jurucakap Tentera Laut Indonesia Laksamana Pertama Tunggul berkata penyelam tentera laut memasuki kapal yang karam itu dan menemukan mayat dua lelaki serta seorang wanita.
Penyelam turut menemukan 210 barangan dari dalam dan sekitar bangkai kapal itu yang akan diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia untuk siasatan, kata Komander Pangkalan Tentera Laut Indonesia di Banjarmasin Galih Nurna Putra.
Virgo Transport 8 membawa 243 orang dari Surabaya di wilayah Jawa Timur menuju ke Banjarmasin apabila kapal itu terbalik akibat cuaca buruk pada awal Ahad.
Menurut data rasmi terkini, 108 orang berjaya diselamatkan, sembilan disahkan maut manakala 126 lagi masih hilang.- BERNAMA-XINHUA