Skandal perolehan ATM: Menteri Pertahanan akan keluar kenyataan esok

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengadakan sidang media selepas Sesi Pemukiman Kerajaan MADANI, hari ini/ BERNAMA

BANGI ,11 Januari – Jemaah Menteri hari ini diberi penjelasan berhubung isu skandal perolehan yang membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Jemaah Menteri telah menerima penjelasan mengenai skandal perolehan yang melibatkan pegawai tertinggi ATM.
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok.
  • Laporan sebelum ini menyebut seorang panglima tentera dipanggil SPRM untuk membantu siasatan dakwaan rasuah.
  • Isu ini dibincangkan selepas sesi Pemukiman Kerajaan MADANI 2026 yang dihadiri pemimpin tertinggi negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengeluarkan satu kenyataan esok mengenai perkembangan isu tersebut.

“Berkait dengan isu perolehan (ATM), tadi ada dimaklumkan, Menteri Pertahanan akan membuat kenyataan esok,” kata beliau pada sidang media selepas Sesi Pemukiman Kerajaan MADANI 2026, di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan seorang panglima tentera dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes dakwaan rasuah terbaru membabitkan pasukan pertahanan negara.

Program Permukiman Kerajaan MADANI 2026 itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet.

Hadir sama dalam permukiman itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg; Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan Perpaduan, kecuali Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.