fb fb fb fb fb

Semarak semangat patriotik menjelang Bulan Kebangsaan-Hari Malaysia

Foto BERNAMA

MUAR, 27 Julai - Acara dan aktiviti berteraskan perpaduan serta patriotik terus dipergiat menjelang sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif tersebut menyemarakkan semangat cintakan negara dan mendidik rakyat menghormati Jalur Gemilang sebagai simbol kebangsaan.

"Kempen Kibar Jalur Gemilang menyediakan panduan jelas tentang cara menayang dan mempamerkan Jalur Gemilang. Manfaatkan peluang ini untuk menguatkan semangat patriotik sepanjang Bulan Kebangsaan," katanya.

Komitmen itu menyusuli kejayaan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Muar yang disambut penuh meriah, hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai Merdeka Fun Run and Walk sejauh 6.8 kilometer, yang disertai lebih 4,000 peserta, sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN