10 ekor singa ditemukan mati disyaki diracun di kawasan Safari Tanzania

Gambar hiasan

DAR ES SALAAM, 20 September – Sepuluh ekor singa ditemukan mati di Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro, Tanzania, yang merupakan destinasi popular bagi pelancong safari, dengan siasatan awal menunjukkan haiwan berkenaan diracun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pihak berkuasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa lancarkan siasatan menyeluruh dan operasi memburu individu bertanggungjawab terhadap kematian singa.
  • Konflik antara hidupan liar dan komuniti setempat sering berlaku, termasuk singa dibunuh sebagai tindakan balas selepas serangan pada ternakan.
  • Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro Tapak Warisan Dunia UNESCO; masyarakat Maasai tinggal bersama ternakan, habitat hilang dan persaingan sumber memperburuk konflik.

Kesemua singa yang mati itu ditemukan di kawasan Ndutu dalam taman berkenaan, menurut Pihak Berkuasa Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro (NCAA). Pihak berkuasa berkata siasatan menyeluruh serta operasi memburu individu yang bertanggungjawab dilancarkan.

Konflik antara hidupan liar dengan komuniti yang tinggal berhampiran kawasan perlindungan merupakan perkara biasa di Tanzania dan negara Afrika yang lain.

Singa kadangkala dibunuh sebagai tindakan membalas dendam selepas menyerang ternakan manakala konflik dengan gajah juga kerap berlaku apabila haiwan berkenaan memasuki kawasan pertanian dan memusnahkan tanaman.

Keadaan itu diburukkan lagi oleh kehilangan habitat semula jadi serta persaingan untuk mendapatkan sumber air dan kawasan ragut.

Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menjadi tempat tinggal masyarakat etnik Maasai yang secara tradisinya menetap di kawasan itu bersama ternakan mereka. – BERNAMA-dpa

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.