Sektor korporat beri nafas baharu bangunan warisan P. Pinang

Foto Ambank

GEORGE TOWN, 8 Oktober – Struktur bersejarah di Pulau Pinang terus diberi nafas baharu menerusi penglibatan sektor korporat yang memanfaatkan bangunan lama untuk fungsi moden tanpa mengetepikan keunikan identiti warisannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • AmBank mengubah suai banglo lebih sembilan dekad di Jalan Kelawei menjadi cawangan baharu bank.
  • Kehadiran cawangan memberi manfaat kepada pelanggan dan komuniti serta menambah daya tarikan pelancongan setempat.
  • Bank komited melaksanakan inisiatif kemasyarakatan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dan keindahan kawasan sekitar.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit, Kumpulan AmBank, Cheong Chee Wai berkata, pendekatan itu diterapkan pada sebuah banglo berusia lebih sembilan dekad di Jalan Kelawei yang kini dijadikan cawangan baharu bank berkenaan.

Kehadiran cawangan berkenaan bukan hanya memberi manfaat kepada komuniti setempat, malah menambah daya tarikan pelancongan.

“Saya rasa kami amat berbesar hati untuk menyumbang kepada usaha yang baik ini. Dengan kehadiran kami di kawasan ini, ia akan memberi manfaat kepada pelanggan, pihak bank dan juga komuniti,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran AmBank Cawangan Jalan Kelawei, di sini.

Menurut Cheong, meskipun institusi perbankan beroperasi berasaskan perniagaan, namun pelbagai inisiatif kemasyarakatan akan terus dilaksanakan.

Langkah itu bagi membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat dan keindahan kawasan sekitar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.