
KUCHING, 15 September – Persiapan Sambutan Hari Malaysia 2026, berada pada fasa akhir termasuk penyediaan kemudahan internet bagi pengamal media.
- Pengurusan memberi tumpuan kepada aspek teknikal dan fasiliti komunikasi bagi pengamal media untuk kelancaran liputan.
- MCMC memaklumkan semua peralatan dan perkakasan telekomunikasi telah dipasang serta berfungsi dengan baik.
- Isu audio dikenal pasti oleh KSU dan akan diteliti rapi bagi memastikan persembahan berkualiti dan pengalaman penonton terbaik.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2026 yang meninjau persiapan akhir di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) memaklumkan persiapan yang diberi perhatian antaranya aspek teknikal serta kemudahan komunikasi bagi pengamal media.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)memaklumkan semua peralatan dan perkakasan yang perlu dipasang oleh syarikat telekomunikasi telah siap serta berfungsi dengan baik.
“Datuk KSU juga ada memaklumkan mengenai isu-isu melibatkan audio, jadi kita akan lihat dengan lebih rapi untuk pastikan persembahan terbaik 16 September ini,”katanya.
Lebih 5,000 tetamu dijangka hadir, dengan sambutan tahun ini menzahirkan semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia selaras semangat Segulai Sejalai.
Sambutan dijangka dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, muzikal teater pembentukan Malaysia serta konsert menampilkan Dayang Nurfaizah, Stacy dan Faizal Tahir.